PENAFIAN : Pihak Pengurusan Blog KesihatanMu tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini. Terima kasih

Pemakanan Sihat

Amalan makan secara sihat adalah satu faktor yang penting ke arah kesihatan sekeluarga, dan amalan ini seharusnya dibentuk dan dipupuk dirumah. Justeru, sesebuah keluarga itu seharusnya menjadikan setiap aktiviti yang berkaitan dengan makanan seperti perancangan menu, pembelian, pemilihan dan penyediaan makanan sebagai aktiviti sekeluarga. Sementara itu , waktu makan juga boleh digunakan untuk mendidik ahli keluarga tentang amalan makanan cara sihat. Di samping tujuan utamanya untuk mengeratkan hubungan kekeluargaaan.

Apakah sebenarnya pemakanan yang sihat? Ramai orang yang menganggap pemakanan yang sihat adalah berkait dengan penurunan berat badan, pengurangan lemak untuk membantu mereka mengurangkan berat badan dan merendahkan risiko penyakit tertentu. Malahan, pengurangan kalori dan lemak juga telah menjadi fokus kebanyakan program-program penurunan berat badan atau 'dieting programs'.

Tetapi! Ia lebih daripada itu. Contoh : Anda boleh makan makanan rendah lemak, tetapi dalam masa yang sama, anda akan kekurangan makanan yang kaya dengan kalsium. Ini boleh menyebabkan anda mendapat penyakit osteoporosis dan lain-lain.

Jadi, apakah sebenarnya pemakanan yang sihat?


Pemakanan yang sihat bolehlah dirangkumkan sebagai, diet yang mengandunhi banyak buah-buahan dan sayur-sayuran; terdiri daripada makanan berkanji seperti roti jagung, nasi, dan rendah lemak ( terutamanya lemak tepu! ), garam dan gula.

Dengan memilih dan merancang pemakanan anda dengan bijak, tak kira sama ada anda makan dirumah mahupun di luar, anda akan dapat enjoy makanan anda di samping mengurangkan kolesterol.

Pemakanan yang seimbang adalah perlu, untuk membina tisu badan, mengatur proses kimia badan, dan menghasilkan tenaga untuk memanaskan badan serta mengerakkan badan.
Oleh itu, jaga pemakanan dan kesihatan anda!

Kami akan bekalkan anda dengan tips-tips kesihatan setiap hari, jadi rajin-rajinlah ke mari !